بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 


Gambar peta taburan pemanduan kanan dan kiri di dunia
Mengapa ada negara yang memandu di sebelah kanan dan ada yang memandu di sebelah kiri?

Pernahkah kita mempunyai persoalan sedemikian?

Negara yang memandu di sebelah kiri kebanyakannya merupakan bekas jajahan lama British & ada sebab British dahulu kala menggemari pemanduan di sebelah kiri

  1. Mudah menghunus pedang ke arah lawan di sebelah kanan (kebanyakan orang menggunakan tangan kanan).
  2. Pengguna tangan kanan mendapati mudah menaiki kuda dari sebelah kiri, maka bahu jalan mestilah di kiri.
 
Bagi negara pemanduan sebelah kanan pula:
  1. Pada 1700-an, petani di Perancis dan Amerika Syarikat mula menggunakan kereta wagon besar yang ditarik beberapa ekor kuda. Wagon ini tiada kerusi pemandu, sebaliknya pemandu menunggang kuda terakhir yang berada di kiri. Ini kerana mereka menggunakan cambuk di tangan kanan. Oleh itu, untuk memudahkan mereka mengawasi kenderaan-kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan, mereka perlu berada di kanan jalan.


users.telenet.be


~20120829~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih