Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Samsung Ativ S, telefon Win Phone 8 yang pertama.

Imej
Tedi teruja dengan pengumuman Samsung mengenai produk pertama mereka yang berasaskan Windows Phone 8.
Malahan produk ini merupakan telefon pintar pertama di dunia menggunakan Windows Phone 8, lebih awal daripada produk rakan kerjasama Microsoft iaitu Nokia melalui siri Lumia mereka.

Buku: Atlas Perang Salib

Imej
Sebuah buku yang menarik. Tedi jumpa di booth di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan. (Ha'ah Tedi pergi Kelantan, jalan-jalan) Malangnya harga buku tu RM200++ di booth tersebut (masih dalam lingkungan harga atlas sepertinya).  Tedi tak jadi beli buku ni, nanti kalau Tedi ada duit, Tedi nak beli kat mana-mana pesta buku di Malaysia. :) Ermm... nak mintak duit dengan Pogy la, Pogy mesti banyak duit.

Buku: Menjawab tuduhan paderi Kristian terhadap Al-Quran

Imej
Terjumpa buku ini di Mydin Mall USJ, pada harga RM35, isinya amat menarik. Tapi tak terbeli pula pada masa itu.  Cari di kedai-kedai dan booth buku, tak ketemui, nampaknya kena pergi semula ke Mydin Mall USJ untuk mendapatkannya.

Microsoft Explorer Touch Mouse, RM159

Imej
Microsoft Explorer Touch Mouse, teringin nak beli, tapi tak jumpa lagi. Mungkin ada di Jusco (AEON) Sunway Piramid. Sebenarnya inginkan Microsoft Touch Mouse, tapi mahal sangat, macam tak berbaloi untuk dibeli.Kemaskini: akhirnya beli juga setelah lama menilik dengan harga RM 69. Tapi tidaklah beli yang berwarna hitam macam dalam gambar tu.

Pemanduan Kanan vs Pemanduan Kiri

Imej
Pernahkah kita mempunyai persoalan sedemikian?Negara yang memandu di sebelah kiri kebanyakannya merupakan bekas jajahan lama British & ada sebab British dahulu kala menggemari pemanduan di sebelah kiriMudah menghunus pedang ke arah lawan di sebelah kanan (kebanyakan orang menggunakan tangan kanan).Pengguna tangan kanan mendapati mudah menaiki kuda dari sebelah kiri, maka bahu jalan mestilah di kiri. Bagi negara pemanduan sebelah kanan pula: Pada 1700-an, petani di Perancis dan Amerika Syarikat mula menggunakan kereta wagon besar yang ditarik beberapa ekor kuda. Wagon ini tiada kerusi pemandu, sebaliknya pemandu menunggang kuda terakhir yang berada di kiri. Ini kerana mereka menggunakan cambuk di tangan kanan. Oleh itu, untuk memudahkan mereka mengawasi kenderaan-kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan, mereka perlu berada di kanan jalan.
users.telenet.be

Laman web: fuelly.com rekod penggunaan bahan api kenderaan.

Imej
Mula menggunakan fuelly.com untuk merekod penggunaan bahan api kenderaan.

Microsoft: Bukan METRO tetapi Windows 8

Imej
Microsoft telah memutuskan untuk menggantikan istilah Metro kepada Windows 8 berikutan tiada persetujuan di antara Microsoft dan rakan perniagaan mereka di Eropah, Metro Group berkaitan penggunaan nama Metro pada produk Microsoft.

Words for teenagers

Imej
Pengetua Northland College, John Tapene telah mengungkapkan kata-kata seorang hakim yang selalu menangani kes melibatkan remaja.
"Selalu kita dengar remaja merengek,'Apa boleh kami buat? Ke mana kami boleh pergi?'"

Jawapan hakim itu ialah, "Balik rumah, potong rumput di laman, cuci tingkap, belajar memasak, bina rakit, dapatkan kerja, lawat orang sakit, ulangkaji pelajaran anda dan selepas habis, baca buku. Pekan anda tidak hutang anda kemudahan rekreasi dan penjaga anda tidak hutang anda keseronokan."

"Dunia ini tidak perlu memberikan anda kehidupan, tapi anda perlu berikan sesuatu kepada dunia. Kamu perlu berikan kepada dunia masa, tenaga dan bakat anda supaya tiada sesiapa berada dalam peperangan, kesakitan dan kesepian."

"Dalam kata lain, jadi kuat dan hentikan merengek, dapatkan dunia impian anda dan jangan hanya meminta. Mula jadi orang yang bertanggungjawab. Anda penting kepada dunia dan diperlukan."

"Terlalu lewat untuk dudu…

Cicak mimik Spiderman

Imej
Mwanza Flat Headed Agama

Every Second: Counts

Imej
--- iklan --- --- iklan ---

Tabung Kemanusiaan Muslim Rohingya

Imej

Qiam with me, 1433H

Imej

27 ekor kucing dalam bilik anak gadis

Imej
Seorang lelaki terkejut besar apabila menemui 27 ekor kucing dalam bilik anak gadisnya.

Lelaki yang tinggal di Kent County, Michigan itu sedia maklum ada beberapa ekor kucing di rumahnya, tetapi dia menghormati hak anak gadisnya ketika tinggal bersamanya.Kehadiran kucing-kucing itu yang kebanyakannya anak kucing hanya diketahui setelah anak gadisnya berpindah keluar.Wakil Humane Society of West Michigan, Nicole Cook memaklumkan kesemua 47 ekor kucing kelihatan sangat sihat & sedia untuk di-anak-angkat-kan.Nanti! Bukan 27 ekor je ker? Hehehe, 27 ekor ditemui dalam bilik, lagi 20 ekor pula ditemui dalam garaj & bilik bawah tanah.------ iklan ------ ------ iklan ------

Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan

Imej
"Gambar apa ni, Tedi?", tanya Master kepada Tedi pada suatu petang tatkala Tedi sedang tengok2 gambar. "Entah?" "Lah, habis tu nape Tedi amik gambar ni?" "Saje je." "Huk aloh."