Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Haiwan: Ikan Goliath Tiger

Imej

Kartun: Our Education System

Imej

Menara HeiTech Village

Imej
Tedi selalu nampak menara ni kalau nak ke Mydin Mall USJ.Berhampiran dengan hiway ke Kuantan, Kuala Lumpur, Seremban, Cheras, Sungai Besi, Jalan Klang Lama & Puchong.Berdekatan dengan kawasan tu ada Subang Parade & Kolej SEGI.

Gelaran hanya sementara

Imej

Karnival Forum Perdana anjuran Masjid Al-'Azim Pandan Indah, Jalan Pandan Mewah

Imej

Syabas kerana anda hadir ke sekolah

Imej
Haa... rajin-rajinlah pergi sekolah. Tedi pun rajin pergi sekolah :)

Sumber: muhassigns.blogspot.com

Kereta tertua di dunia bernilai USD $4.62 juta

Imej
Ini merupakan kereta berenjin tertua didunia yang masih boleh beroperasi dan berjaya dilelong dengan harga $4.62 juta, dengan 2 pembida bertarung selama 3-minit.

Melayu buka Pulau Pinang? (Tedi tak makan pinang, betul, tak tipu)

Imej
Tedi sering dimomokkan bahawa Francis Light yang membuka Pulau Pinang.  Namun ada juga pihak yang memberi hujah menyatakan bahawa bangsa Melayu yang mula-mula membuka pulau itu. Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 18 Jun 2012 ini amat menarik minat untuk Tedi membacanya.  Fakta menarik mengenai pembukaan Pulau Pinang:Farncis Light berlabuh di Tanjung Penaga (Georgetown) pada 1786.Nakhoda Nan Intan yang berasal dari Aceh membina masjid di Batu Uban pada 1734 (52 tahun sebelum kedatangan Francis Light). Masjid itu kekal sehingga kini.Batu Uban didapati dalam peta Inggeris yang pertama lakaran Kapten Walter pada 1763 (23 tahun sebelum kedatangan Francis Light)

Cartoon: Kids, they... Scan, Save, Copy, and Paste!

Imej
Kartun yang amat menarik dan mempunyai mesej mendalam, terutamanya buat ibu-bapa. Kanak-kanak memang suka memperhati dan mencuba sesuatu yang baru dikenali.


Sumber: tidak dapat dikenalpasti.

Ipoh, Malaysia

Imej
Ipoh merupakan ibu negeri Perak. Negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Selalu kalau kami ke sana dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta melalui Lebuhraya Utara Selatan, ambil masa 3-4 jam juga untuk sampai. 
Pemandangan di Ipoh agak menarik kerana masih banyak tumbuhan hijau, walaupun sekarang ini pemandangan sebegitu sering dicacatkan oleh bukit-bukau yang ditarah.
Jika melalui Lebuhraya Utara Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, boleh dilihat Ipoh terletak di kawasan lembah.

Malam di Dubai

Imej
Keindahan malam di Dubai yang disogokkan melalui pembinaan bangunan-bangunan yang indah mahupun pelik.


Semalam di Sepanyol

Imej
Berikut merupakan koleksi gambar yang diambil oleh seorang jurugambar bernama Martin Zalba.
Walaupun hanya 2 tahun berjinak-jinak dengan fotografi, tekniknya amat mengkagumkan bila dia mengambil gambar permandangan malam di Sepanyol yang disertai pancaran kilat.

Haiwan peliharaan paling merbahaya?

Imej
Koleksi gambar daripada majalah Life yang diterbitkan dalam tahun 1970.Tiada maklumat lanjut berkenaan keluarga ini, cuma kita harapkan penamatnya bukan dengan tragedi!
Gila apa mereka ni duk ternak singa? Kalau kambing ada juga faedahnya.

Terima kasih Tadika Ihsan UTM

Imej

USS Ronald Reagan

Imej
USS Ronald Reagan (CVN-76) Class: Nimitz > Ronald Reagan

USS Ronald Reagan adalah sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat yang dinamakan sempena nama bekas presiden negara barat itu.
Ia dikategorikan dalam kelas Nimitz iaitu kelas kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear.
Perkataan super itu pula khusus untuk kapal pengangkut pesawat bersaiz besar.


Diskusi Meja Bulat: Halatuju Pendidikan Nasional & Prospek Masa Depan Negara

Imej
DISKUSI MEJA BULAT Halatuju Pendidikan Nasional & Prospek Masa Depan Negara
15 Jun 2012 8.00 malam - 10.30 malam Dewan Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur

Kartun: Cara saya bersenam

Imej

How to think, not what to think!

Imej
Kanak-kanak sepatutnya diajar BAGAIMANA untuk berfikir, bukan APA untuk difikirkan!

Hawadax adalah nama baru kepada Rat Island

Imej
Sekarang bebas daripada tikus, Rat Island mendapat nama baru yang tidak berkaitan dengan tikus
Apa yang kita terbayang apabila mendengar nama Rat Island? Sudah tentulah sebuah pulau yang dipenuhi tikus.

Oleh itu pulau itu kini diberi nama Hawadax Island yang disebut sebagai "How-ah-tha". Nama ini merupakan nama tradisional Aleutian yang bermaksud "pintu masuk" dan "dialu-alukan".
Pulau ini merupakan pulau terpencil di Alaska dengan keluasan 10-batu-persegi.
Tikus-tikus mula menguasai pulau itu apabila sebuah kapal Jepun karam di sana pada tahun 1780.

Pulau itu bebas tikus pada 2008 apabila pengurus hidupan liar di sana menggugurkan racun tikus. Ini adalah untuk menggalakkan populasi burung laut di sana yang terjejas dek kehadiran burung-burung pemangsa tikus.
Sumber berita untuk kiriman ini:Alaska's rodent-free Rat Island gets new name - HawadaxGoodbye, Rat Island! Alaska's rodent-free site gets new tongue-twister of a name - Hawadax.

Lokasi pelik sarang burung

Imej
Apakah yang mendorong mereka membuat sarang mereka di lokasi-lokasi ini?

Adakah sebarang kajian pernah dilakukan untuk menjawab persoalan di atas? Mungkin Tedi akan cuba merungkainya pada masa lain.


Lapan jururawat HUSM cipta sejarah

Imej
Kota Bharu 31 Mei - Sekumpulan lapan jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini melakar sejarah apabila berjaya mencipta heat band atau penebat haba yang berfungsi mencegah masalah hipotermia atau kesejukan melampau pesakit dalam dewan bedah. Penebat haba yang diperbuat daripada lapisan kulit binatang gred satu, kain kapas dan kertas tisu wypall itu mampu mengekalkan suhu badan pesakit pada tahap normal iaitu 37 darjah celcius apabila digunakan untuk membalut badan pesakit. (Utusan Malaysia, 1 Jun 2012, ms 15, Dalam Negeri)