Gambar kursus perkasa pemandu pelancong

 Kursus Pelancongan Siri 1/2012

 Anjuran:

Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara

dan

Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 Tempat: 

Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Peserta: 

45 orang petugas dan sukarelawan yang bertugas sebagai pemandu pelancong di jabatan kerajaan atau agensi pelancongan.

Fokus:

Khidmat pelanggan dan kemahiran berkomunikasi

Objektif:

Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam merancang dan menguruskan tugasan sebagai pemandu pelancong.

Modul:

Ceramah, kemahiran komunikasi, komunikasi berkesan, kemahiran mendengar, dan latihan mengendalikan pelancong dan pelawat yang melawat ke masjid.

Kandungan keratan akhbar:

Kursus perkasa pemandu pelancong masjid

BAGI memberi pendedahan dan informasi terkini mengenai bidang tugas sebagai pemandu pelancong masjid, Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Kursus Pelancongan Siri 1/2012. Kursus dua hari itu bermula pada 22 Mei dan berakhir keesokkan harinya itu diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Seramai 45 peserta yang mengikuti kursus ini adalah terdiri daripada petugas dan sukarelawan yang bertugas sebagai pemandu pelancong, sama ada di jabatan kerajaan dan agensi pelancongan.

Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara, Azhar Tuarno berkata, kursus ini memfokuskan kepada perkhidmatan pelanggan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.

"Kursus itu dilihat mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam merancang dan menguruskan tugasan sebagai pemandu pelancong, khasnya kepada para pelawat tempatan dan luar negara."

"Ia juga dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta mengenai kaedah-kaedah yang berkesan terutamanya dari aspek komunikasi berkesan untuk menjalankan tugas," katanya.

Antara modul kursus yang diadakan termasuk ceramah, kemahiran komunikasi, komunikasi berkesan, kemahiran mendengar dan latihan mengendalikan pelancong dan pelawat yang melawat ke masjid. Ceramah disampaikan oleh pakar yang berpengalaman luas dalam industri untuk berkongsikan pengalaman dan maklumat mengenai tugasan sebagai pemandu pelancong.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil bagi peserta yang berjaya menamatkan kursus disempumakan bersama oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Datuk Syaikh Ismail  Muhammad dan Naib Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Puan Normah Sulaiman. 

Rujukan

http://www.islam.gov.my/keratan-akhbar/kursus-perkasa-pemandu-pelancong-masjid

20120530