Berkelah di Janda Baik Riverside

Janda Baik RIVERSIDE, 019-9483-100
Kawan-kawan mesti tau Janda Baik kan?

Kalau tak tahu boleh rujuk "wikipedia Bahasa Melayu: Janda Baik" dan juga "Janda Baik travel guide".

Tedi kenali Janda Baik sebagai kawasan yang indah di tanah tinggi yang banyak saliran-saliran anak sungai.

Pada 16 Julai 2011, Tedi ikut Master dan Mommy ke Janda Baik RIVERSIDE, sebuah kawasan di tepi sungai. Di sini kami sewa wakaf untuk berkelah. Rasanya ada juga chalet, tapi Tedi tidak ambil peduli kerana kami hanya pergi pagi dan balik petang.

Jalan masuk ke sini daripada Lebuhraya Karak adalah melalui RNR Gombak tu. Kalau nak datang, pandai-pandailah cari peta dulu ek. Hehehe.

Sungai di hadapan RIVERSIDE ni cetek sahaja, cukuplah untuk merendam badan. Tapi kalau nak bermalam di sini, ok juga, kerana di dalam kawasan Janda Baik ni ada banyak lagi tempat untuk melapangkan minda.

Alhamdulillah, Allah subhanahu wa ta'ala pinjamkan kita keindahan alam ciptaan-Nya.