Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Makan-makan di Sana'a Restaurant, Cyberjaya, Malaysia

Imej
Mommy dan kawan sekerja beliau ajak makan di Restoran Sana'a di Cyberjaya di Malaysia.Restoran ini adalah restoran masakan timur tengah.Master suka makan chicken grill separuh di sini bersama sos bawang putih. Sos itulah yang menambah keseronokan memakan hidangan tersebut. Tapi kalau nak pesan chicken grill memang kena bersabar sebab ia mengambil masa yang lama untuk disediakan.Kawan-kawan Mommy telah menyediakan kek cawan (cupcake) sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Janda Baik Riverside

Imej
Berkelah di Janda Baik Riverside Kawan-kawan mesti tau Janda Baik kan?
Kalau tak tahu boleh rujuk "wikipedia Bahasa Melayu: Janda Baik" dan juga "Janda Baik travel guide".
Tedi kenali Janda Baik sebagai kawasan yang indah di tanah tinggi yang banyak saliran-saliran anak sungai.
Pada 16 Julai 2011, Tedi ikut Master dan Mommy ke Janda Baik RIVERSIDE, sebuah kawasan di tepi sungai. Di sini kami sewa wakaf untuk berkelah. Rasanya ada juga chalet, tapi Tedi tidak ambil peduli kerana kami hanya pergi pagi dan balik petang.
Jalan masuk ke sini daripada Lebuhraya Karak adalah melalui RNR Gombak tu. Kalau nak datang, pandai-pandailah cari peta dulu ek. Hehehe.
Sungai di hadapan RIVERSIDE ni cetek sahaja, cukuplah untuk merendam badan. Tapi kalau nak bermalam di sini, ok juga, kerana di dalam kawasan Janda Baik ni ada banyak lagi tempat untuk melapangkan minda.
Alhamdulillah, Allah subhanahu wa ta'ala pinjamkan kita keindahan alam ciptaan-Nya.

Raihan di Pesta Buku Selangor 2011

Imej
Hari ni Master & Mommy bawa Tedi pergi Pesta Buku Selangor 2011.
Pesta buku ni diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 24 Jun sehingga 3 Julai.
Tedi tak beli buku pun. Tapi Tedi sempat tengok Raihan buat persembahan di sana.

Kalau kawan2 tak tahu, Raihan adalah kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia dan mereka juga artis Malaysia yang memegang rekod jualan album terbanyak melalui album Puji-Pujian.

Kumpulan ini selalunya digemari kanak2. Lagu2 mereka juga ringkas dan mudah difahami.