gambar sebuah komputer riba di atas meja pejabat

Sambil melepak di pejabat Master di Century Square sempat juga Tedi bermain-main dengan Canon Digital IXUS 80 IS.

Fungsi yang Tedi paling suka pada kamera IXUS 80 IS ni adalah tapis mengikut warna di mana kita boleh pilih satu warna dan kemudian tangkap gambar, objek yang paling sinonim dengan warna tersebut akan menyerlah.

Sebagai contoh di bawah ni apabila Tedi pilih warna coklat, ia akan filter out warna lain, tinggal warna paling sinonim dengan coklat sahaja menyerlah. Selalunya Tedi akan pilih warna yang di tengah-tengah untuk hasilkan gambar yang suram.

Apabila tiba waktu balik kerja, Master selalu berehat di kedai makan di Sport Arena. Di kawasan ini jugalah para penyewa meletakkan kenderaan mereka. Tiada bayaran parking yang dikenakan, tapi siapa lewat memang susahlah nak dapat parking.

Pada waktu malam sebegini tidak hairan ada banyak kereta di sini, kerana ramai yang bekerja mengikut shift iaitu pada waktu malam, mungkin kerana mereka perlu support syarikat antarabangsa selalunya zon Asia Pasifik. Ini adalah kerana kerja IT di sini selalunya berkaitan dengan call centre yang menyediakan bantuan dan sokongan kepada pelanggan di serata dunia.

13 Mei 2011, 20110513