Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Tidak selamanya kami menyanyi - UNIC

Imej
Unic kembang empayar perniagaan sebagai bekalan ketika tidak diperlukan nanti »Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

MENYEDARI tidak boleh bergantung harap kepada sumber pendapatan dari aktiviti seni saja, tiga anak muda yang menganggotai kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan, Ahmad Fadzli dan Fakhrul Radhi, menubuhkan syarikat, UNIC Nasyeed & Training Consultants.

Selain terus aktif melalui persembahan nasyid, UNIC menggabungjalinkan konsep berhibur sambil mendidik melalui program motivasi dan kursus latihan di peringkat sekolah dan juga universiti. Berbekalkan pengalaman juga, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu UNIC Records.

Tujuan penubuhan syarikat itu bertujuan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat serta berfungsi sebagai pengedar kepada semua UNIC Records dan pelanggan mereka.

Fadzli berkata, terus giat mengatur langkah dalam bidang perniagaan, UNIC bergerak setapak lagi deng…