Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Satu lagi mangsa bot karam ditemui

Imej
Satu lagi mangsa bot karam ditemui Berita Harian, 28 Disember 2010 Mersing: satu daripada dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot penumpang karam berdekatan Jeti Tanjung Leman, di sini, kelmarin ditemui pasukan mencari dan menyelamat, pagi semalam.


5 Telefon Pintar Terbaik 2010

Lamanya Tedi tak ambil tahu pasal gajet moden ni.
Hari ni Tedi baca pasal telefon pintar tahun 2010 & nak kongsi 5 telefon pintar yang boleh dikatakan terbaik.

Apple iPhone 4
Mesti ramai kenal akan iPhone 4 ni walaupun tak memilikinya. Mula menggunakan iOS4, telefon pintar ini meninggalkan pesaing melalui hahan buatannya yang berkualiti (ada kelas), rupanya yang menarik & juga perisian yang mengandungi ciri2 mudah-guna, pantas & tawaran apps yang melambak. iPhone 4 mempunyai masalah antena, namun tidak dipedulikan sangat oleh penggemar gajet. Selain itu ia juga kurang keupayaan widget yang ada pada Android. HTC Evo 4G Produk terulung HTC bagi tahun 2010. Telefon pintar pertama yang melebihi skrin 4-inci. Telefon pintar 4G pertama di Amerika Syarikat. Telefon pintar pertama menawarkan kamera 8.0-megapiksel. Memandangkan saiznya, Evo 4G kuat "makan" bateri. Google Nexus One Telefon pintar terkemuka pertama untuk 2010, diperkenalkan tidak lama selepas tahun 2010 ber…

Banjir besar di Perlis

Imej
Berita @Tedi

Tedi melaporkan bahawa Negeri Perlis Indera Kayangan dilanda banjir.
Pelik, macam mana boleh negeri kayangan banjir? Bukan negeri atas langitkah ia?
Erm, tak kisahlah. Yang penting semoga semua manusia dan haiwan di sana selamat.
Berita lanjut di http://abimnegeriperlis.blogspot.com.

Temerloh dalam Lensa Tedi

Imej
Temerloh adalah sebuah bandar di Pahang yang terletak berhampiran Sungai Lui.Lensa Tedi kali ini merakam beberapa foto di sekitar Dataran Temerloh.Dataran Temerloh ini terletak berhampiran dengan Sungai Pahang yang mahsyur itu.Ikon Temerloh di tepi Sungai Pahang. Panorama penduduk Pahang menaiki bot di Sungai Pahang. Di Dataran Temerloh boleh santai-santai sambil tengok sungai, cuma Tedi tak berapa pasti jika kita boleh naik bot di sana. Bahagian lantai ada hiasan bermotifkan ikan, mungkin simbolik kepada Ikan Patin yang terkenal di Negeri Pahang Darul Makmur. Ketika cuaca cerah memang epik mengambil gambar papan tanda "TEMERLOH" yang terletak di seberang. Menara Tinjau juga disediakan di sana, cuma Tedi tak sempat panjat. di bawah ni pula adalah gambar deretan kedai yang ada berhampiran Dataran Temerloh di Pahang. Suasana Temerloh di sekitar Dataran Temerloh. Agak aman. Panas-panas, minum Cendol Special pun okay juga. Gerai Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Lurah Semantan. Selamat da…