Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Gerai Pantai Dalam akan diroboh

Imej
Gerai haram di sepanjang jalan Pantai Dalam akan diroboh. Tedi tak mahu komen banyak.

Tedi setuju sebab:
Sesak teruk di sana.Jalan tu sepatutnya jadi jalan utama ke NPE. Tedi agak berbelah-bahagi kerana: Sana kawasan orang tak berapa nak senang.Tiada kawasan sesuai untuk meniaga.Kawasan meniaga ada, parking pula tiada. Harapnya penyelesaian menang-menang akan diperolehi.

Kandungan berita:
UTUSAN MALAYSIA
MUKA 27
RABU, 24 FEBRUARI 2010

Gerai Pantai Dalam akan diroboh  .  -;
KUALA LUMPUR, 23 Feb. -

Deretan gerai baram sepanjang Jalan Pantai Dalam akan dirobohkan sebelum akhir tahun ini tetapi hanya selepas pembinaan pusat penjaja bagi menempatkan penjaja yang terlibat disiapkan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan itu terutama pada waktu tengahari dan malarn.

Gerai di tepi jalan di Taman Angkasa akan dirobohkan selepas gerai ganti…