Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Satu lagi mangsa bot karam ditemui

Imej
Satu lagi mangsa bot karam ditemui Berita Harian, 28 Disember 2010 Mersing: satu daripada dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot penumpang karam berdekatan Jeti Tanjung Leman, di sini, kelmarin ditemui pasukan mencari dan menyelamat, pagi semalam.


5 Telefon Pintar Terbaik 2010

Lamanya Tedi tak ambil tahu pasal gajet moden ni.
Hari ni Tedi baca pasal telefon pintar tahun 2010 & nak kongsi 5 telefon pintar yang boleh dikatakan terbaik.

Apple iPhone 4
Mesti ramai kenal akan iPhone 4 ni walaupun tak memilikinya. Mula menggunakan iOS4, telefon pintar ini meninggalkan pesaing melalui hahan buatannya yang berkualiti (ada kelas), rupanya yang menarik & juga perisian yang mengandungi ciri2 mudah-guna, pantas & tawaran apps yang melambak. iPhone 4 mempunyai masalah antena, namun tidak dipedulikan sangat oleh penggemar gajet. Selain itu ia juga kurang keupayaan widget yang ada pada Android. HTC Evo 4G Produk terulung HTC bagi tahun 2010. Telefon pintar pertama yang melebihi skrin 4-inci. Telefon pintar 4G pertama di Amerika Syarikat. Telefon pintar pertama menawarkan kamera 8.0-megapiksel. Memandangkan saiznya, Evo 4G kuat "makan" bateri. Google Nexus One Telefon pintar terkemuka pertama untuk 2010, diperkenalkan tidak lama selepas tahun 2010 ber…

Banjir besar di Perlis

Imej
Berita @Tedi

Tedi melaporkan bahawa Negeri Perlis Indera Kayangan dilanda banjir.
Pelik, macam mana boleh negeri kayangan banjir? Bukan negeri atas langitkah ia?
Erm, tak kisahlah. Yang penting semoga semua manusia dan haiwan di sana selamat.
Berita lanjut di http://abimnegeriperlis.blogspot.com.

Temerloh dalam Lensa Tedi

Imej
Temerloh adalah sebuah bandar di Pahang yang terletak berhampiran Sungai Lui.Lensa Tedi kali ini merakam beberapa foto di sekitar Dataran Temerloh.Dataran Temerloh ini terletak berhampiran dengan Sungai Pahang yang mahsyur itu.Ikon Temerloh di tepi Sungai Pahang. Panorama penduduk Pahang menaiki bot di Sungai Pahang. Di Dataran Temerloh boleh santai-santai sambil tengok sungai, cuma Tedi tak berapa pasti jika kita boleh naik bot di sana. Bahagian lantai ada hiasan bermotifkan ikan, mungkin simbolik kepada Ikan Patin yang terkenal di Negeri Pahang Darul Makmur. Ketika cuaca cerah memang epik mengambil gambar papan tanda "TEMERLOH" yang terletak di seberang. Menara Tinjau juga disediakan di sana, cuma Tedi tak sempat panjat. di bawah ni pula adalah gambar deretan kedai yang ada berhampiran Dataran Temerloh di Pahang. Suasana Temerloh di sekitar Dataran Temerloh. Agak aman. Panas-panas, minum Cendol Special pun okay juga. Gerai Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Lurah Semantan. Selamat da…

Jadilah hamba yang bersyukur

Imej
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri?
Tentang mengapa kita perlu bersyukur, atau mungkin apa perlunya kita bersyukur.

Di kala impian belum tercapai, kita selalu banyak memohon dan terus bersabar menantinya. 
Namun di kala impian tercapai, kita lupa daratan.

Apa khabar iman kita semua? Semakin bertambah atau menurun atau sama sahaja?
Diharap iman kita semakin bertambah.

Dugaan datang silih berganti tetapi adakah kita redha? 
Tahukah kita segala dugaan, cubaan dan ujian yang Allah hadiahkan buat kita itu tanda kasih-Nya?

Terdapat lebih kurang tujuh puluh ayat dalam Al Quran yang menyebut tentang syukur.
Kenapa perlu diulang sedemikian rupa?

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Berdoalah agar kita digolongkan sebagai orang yang bersyukur.

Ingatilah janji-Nya, akan Dia tambahkan nikmat jika bersyukur dan akan dihadiahkan azab jika kita kufur.

---iklan teks--- Email z_tedi@outlook.com untuk meletakkan iklan anda dalam blog ini. ---…

Haiwan: Harimau Emas

Imej

Pahang tak benar guna 25 perkataan bersumber Islam

Imej

Foto Tedi: Mudik sungai di Sedili, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Imej
Sedili merupakan kawasan yang aktif dengan kegiatan perikanan, sesuai dengan kedudukannya yang dikelilingi laut dan sungai.Tanjung Sedili dikatakan sebagai kawasan paling selatan Malaysia.pihak interpretzz merujuk Kuala Sedili sebagai Sedili di kawasan kuala Sungai Sedili Besar. Tanjung Sedili lebih sinonim dengan kawasan ini.







Gambar bas Johore Motor di Sedili Kechil .. Download koleksi-hot-bokep-johor.zip dari 4shared.com, size 100 MB.

Web: Outlook.com

Imej

Tedi di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur 2010

Imej
Ini panorama di sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Pesta ni merupakan acara tahunan dan setakat ini lokasinya tetap di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra Trade World Centre) atau lebih dikenali PWTC yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Jika kawan2 naik kereta, boleh letak kereta di Hentian Putra dengan bayaran RM 3.00 sekali masuk, nak makan minum boleh di sana, solat pun sebab aktiviti beli buku ni selalunya seharian.

Selain naik kereta boleh juga naik STAR-LRT, turun di stesen PWTC.

Boleh juga naik komuter aliran Sentul-Pelabuhan Klang atau Rawang-Seremban (dua2 boleh), turun di Hentian Putra. Kedua2 aliran komuter ni menggunakan laluan yang sama, tapi Hentian Putra ni merupakan stesen terakhir yang kedua2 aliran ni kongsi.

Bas? Tedi tak tahu. Serius. Percayalah. Tak percaya? Lantaklah. Ada Tedi kisah?

Ramai la manusia di sana.

Tedi snap gambar sikit2 je. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas ah nak upload banyak2, Tedi sibuk nak siapkan kerja sekolah ni.





Iskandar vs Alexander vs Zulqarnain

Imej
Zulqarnain merupakan satu watak yang diceritakan dalam al-QuranKisahnya berkisar mengenai pengembaraan seorang raja yang adil dan mentaati Allah Subhanahu wa ta'ala.Kerajaan Zulqarnain ni pula meliputi dari Timur ke Barat.Kerana Master adalah seorang yang agak menggemari sejarah, beliau telah membeli dua buah buku berkenaan Zulqarnain.Buku pertama adalaha "Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain".Buku kedua pula bertajuk, "Alexander adalah Zulqarnain".
Kedua-dua buah buku ini memberikan pendapat mereka mengenai Zulqarnain daripada sisi pandangan yang berbeza. Perbezaan pendapat yang diraikan oleh Master.

Gambar dilukis guna hanya 1 loretan pen

Imej
Gambar ini dilukis menggunakan sebatang pen dengan 1 loretan sahaja.Ia bermula di hidung dan berakhir di bahagian bawah. Mungkin tujuan asalnya adalah untuk promosi pen keluaran mereka.Tedi sangat mengkagumi lukisan potret seorang lelaki ini kerana ia sangat teliti dan yang dahsyatnya lukisan ini ternyata menunjukkan bagaimana dakwat pen tersebut boleh bertahan.gambar sebatang pen

Gambar dari langit

Imej
Air Terjun Niagara
Gambar ini diambil pada 2 Ogos 2004, menunjukkan bahagian Air Terjun Horseshoe di Air Terjun Niagara. Setiap 1 saat, lebih 2 juta liter air melalui Air Terjun Horseshoe, menjadikannya air terjun terbesar di dunia. Proses ini menghakis sebanyak 2 meter batu-batan setiap tahun.


Gerai Pantai Dalam akan diroboh

Imej
Gerai haram di sepanjang jalan Pantai Dalam akan diroboh. Tedi tak mahu komen banyak.

Tedi setuju sebab:
Sesak teruk di sana.Jalan tu sepatutnya jadi jalan utama ke NPE. Tedi agak berbelah-bahagi kerana: Sana kawasan orang tak berapa nak senang.Tiada kawasan sesuai untuk meniaga.Kawasan meniaga ada, parking pula tiada. Harapnya penyelesaian menang-menang akan diperolehi.

Kandungan berita:
UTUSAN MALAYSIA
MUKA 27
RABU, 24 FEBRUARI 2010

Gerai Pantai Dalam akan diroboh  .  -;
KUALA LUMPUR, 23 Feb. -

Deretan gerai baram sepanjang Jalan Pantai Dalam akan dirobohkan sebelum akhir tahun ini tetapi hanya selepas pembinaan pusat penjaja bagi menempatkan penjaja yang terlibat disiapkan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan itu terutama pada waktu tengahari dan malarn.

Gerai di tepi jalan di Taman Angkasa akan dirobohkan selepas gerai ganti…