Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Bukit gondol, sungai keruh

Imej
Harian Metro, halaman 22, Khamis, 3 September 2009
Setempat

Kerja korek Bukit Batu Putih membimbangkan penduduk >>Oleh Noor Hastikah Hassan

NIBONG TEBAL: Lebih 150 keluarga di Taman Relau Indah, Sungai Bakap, berdepan risiko kejadian tanah runtuh berikutan kerja mengorek dan menarah Bukit Batu Putih berhampiran kawasan perumahan mereka yang dimulakan sejak dua bulan lalu.

Lebih membimbangkan, keadaan bukit itu yang terdedah luas dikhuatiri akan mengundang bahaya, terutama ketika musim hujan selain turut menyebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran.

Penduduk, Ekhlass Ibrahim, 43, berkata kerja mengorek dan menarah bukit itu menvebabkan sungai berhampiran yang dulunya bersih dan jernih kini mcniadi keruh.

Katanya, sebelum ini penduduk taman itu menggunakan air sungai berkenaan untuk mandi dan minum jika bekalan air terputus akibat tekanan air rcndah.

"Tekanan air di kawasan taman ini rendah mungkin kerana enjin pam di Loji Air Serdang rosak menyebabkan kami se…