Catatan

Tunjukkan catatan dari 2002

CC Kucing Klon Pertama di Dunia

Imej
Oleh NAJIBAH HASSAN
ENAM tahun lalu, kelahiran Dolly kambing biri-biri betina yang berjaya diklonkan mendapat perhatian dunia kerana ia dianggap sebagai kejayaan pertama bidang teknologi sains pengklonan.Kelahirannya yang hanya diumumkan setahun selepas dilahirkan telah mencetuskan kontroversi dan kebimbangan penduduk dunia yang membantah cubaan ke arah pengklonan manusia.Selain Dolly, banyak lagi haiwan mamalia lain yang turut terlibat dalam percubaan pengklonan termasuk kambing, tikus, babi dan lembu.Semuanya tidak membuahkan hasil kerana kebanyakan haiwan yang dihasilkan daripada teknologi ini mempunyai banyak implikasi besar seperti menghidap penyakit-penyakit tertentu dan kecacatan.Bagaimanapun, kekurangan itu dianggap sebagai cabaran kepada para saintis untuk terus menghasilkan spesies haiwan menggunakan teknologi ini.Rentetan daripada kelahiran Dolly, dunia teknologi pengklonan sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila para saintis yang diketuai oleh Dr. Mark Westhusin dan pasuka…