Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2001

Nik Faiz Mengejar Kejayaan

NIK AHMAD FAIZ NIK ABDULLAH (BADMINTON)Tarikh lahir : 19 Januari, 1980Tempat lahir : Kota Bharu, KelantanProfesion : Penuntut universiti, pemain badmintonPencapaian : Tempat ketiga Kejohanan Antarabangsa Remaja Asia 1995 (beregu), naib juara MSSM 1996, 1997, 1998 dan juara beregu MSSM 1998.WALAUPUN sudah lapan tahun serius dalam badminton antarabangsa, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah masih belum memiliki sebarang gelaran yang benar-benar membanggakan. Namun pemain kelahiran Kelantan itu percaya masanya akan tiba untuk dia bergelar juara.Faiz, 21, masih tidak berputus asa meskipun pernah tersingkir daripada akademi Badminton Malaysia (BAM) selepas diterima masuk untuk sesi pertama dari 1993-1996.``Kalau bukan sekarang, esok masih ada. Saya sentiasa percaya di mana ada usaha di situ ada kejayaan,'' kata penutut tahun dua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.``Memang saya menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh ketika berada dalam Akademi, maklum ketika itu usia saya…